Kembali ke TipsBlog 6 dari 8Sebelum   Selepas


Tiga Langkah Untuk Hamil Dengan PKB

November 26, 2010
Print This Blog
Bookmark and Share


Biodex menyimpulkan segala permasalahan kehamilan, sama ada berkaitan ovulasi, kesuburan, ketumbuhan atau keguguran kepada tiga aspek untuk diberi penekanan bagi meningkatkan potensi untuk hamil.

Program Kehamilan Biodex (PKB) memanfaatkan kaedah serta disiplin pemakanan yang sihat dan selamat bagi membantu memulih fungsi tubuh untuk meransang kehamilan. Setiap komponen pemakanan mempunyai khasiat serta faedah yang tersendiri sama ada untuk membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan kehamilan mahupun untuk meningkatkan potensi kehamilan yang sihat dan selamat.

Selain itu, PKB juga memberi penekanan kepada kesihatan ibu serta janin atau bayi semasa waktu kehamilan dan seterusnya hingga proses kelahiran.

Secara umumnya, Biodex merumuskan tiga langkah utama untuk kehamilan:

Pencucian / Pembersihan

Mencuci saluran falopian, mengatasi masalah senggugut dan haid tidak teratur, meningkatkan metabolisma, memperbaiki sistem penghadaman, memecah lemak, membuang angin, serta mencegah bakteria dan virus.

Meningkatkan Kesuburan

Memulih fungsi sel, menseimbangkan kandungan nutrien untuk kesihatan dalaman, menguatkan sistem tubuh, meneutral kandungan toksin, mengawal berat badan, serta mengatasi masalah cyst, fibroid (ketumbuhan) dan endometrosis.

Menguatkan Rahim

Menguatkan sistem imunisasi badan, tulang, sistem saraf dan otot-otot rahim, melancarkan peredaran darah, mengawal lendir dan lelehan, mencegah pendarahan dan keguguran.

Ketiga-tiga langkah ini perlu diberi perhatian dan penekanan bagi setiap wanita yang mengalami masalah kehamilan. PKB menawarkan produk-produk terbaik untuk membantu setiap langkah yang dinyatakan. Pemilihan produk serta panduan pemakanan atau pengambilan juga amat penting dalam menentukan disiplin yang sesuai mengikut latarbelakang kesihatan serta masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita.

PKB perlu difahami dengan jelas bagi mendapatkan kesan positif dengan tepat dan cepat. Oleh yang demikian, di Biodex rundingcara sebelum penyertaan dalam PKB melalui kakitangan atau wakil yang bertauliah amatlah penting.


 
20 Komens

Lynn - 01/03/2011, 11:59 PM
saya berumur 24 tahun..
sudah 1 tahun lebih mendirikan rumah tangga..
baru2 ini saya ada menjalani ujian kesuburan dan keputusannya saya didapati tidak subur disebabkan masalah ovari saya tidak mengeluarkan telur.
saya ingin bertanya adakah masalah saya ini dapat dirawat??
kerana saya sangat2 ingin mendapatkan anak.
adakah produk y boleh membantu saya menyelesaikan masalah saya dan seterusnya mendapatkan zuriat??

untuk pengetahuan pihak tuan/puan, berat badan saya semakin naik dan haid saya juga tidak menentu sejak berkahwin.

saya mohon agar pihak biodex membantu saya


Novia - 01/03/2011, 4:39 PM
slamat ptg Biodex.. Sya telah berkhawin selama 1 tahun 8 bulan, sya pernah mengandung pada april 2010 tp usia kandungan hanya bertahan sehingga 8 minggu sahaja oleh kerana janin dlm kandungan sya didapati detik jantungnya terhenti dan x membesar mengikut jadual. Oleh itu sya telah disahkan kira mengalami misscarriage jg la.. Selepas dari peristiwa itu, kitaran haid sya kadang sebulan ada normal dlm 5-7 hari dtg..lepas tu bulan seterusnya tiada dan bgitula selang2 setiap sebulan.. Sya bnar2 ingin mendapatkan cahaya mata sbgai penyeri kehidupan sya dan suami.. Sya ada terbaca ruangan Biodex d majalah wanita.. Setiap keluaran wanita pasti sya beli hanya utk membaca perkongsian wanita2 yg tlh mencuba produk PKB.. Oleh itu setelah berbincang dgn suami dan kami mengambil kata sepakat utk mencuba sendiri PKB ini.. Sya telah mengunjungi Syal Beautu Centre di Kota Kinabalu dan mendapatkan sedikit cara2 utk mengambil PKB ini.. Namun sya masi binggung dan tidak faham.. Adakah ketika period Liquid Manja Prune dan Supreme Diet blh diambil..?tq


senah - 01/03/2011, 2:24 PM
slm..apa kah tanda2 apabila wanita itu mengalami masalah cyct,fibrod..


Sally - 28/02/2011, 11:38 PM
Salam.. saya baru 3bulan berkahwin.. akan tetapi saya tertekan akibat desakan keluarga mertua yang inginkan zuriat hasil dari perkahwinan kami. Meskipun begitu, haid saya tidak teratur. Selepas selang 15 hari akan keluar cecair lendir berwarna coklat dan saya merasa sakit ketika itu. Apakah saya ada ciri2 kemandulan? Apakah saya sesuai menggunakan produk ini?


ija - 27/02/2011, 11:13 AM
assalamualaikum puan, saya telah berkahwin selama 9 tahun, kali pertama saya mengandung ketika usia perkahwinan 5 tahun itu pun selepas bermacam kaedah saya cuba dan yg terakhir berurut. Walaupun tidak merancang kehamilan, usia anak sudah 3 tahun tapi saya masih belum hamil lagi, pernah juga cuba berurut tetapi tidak berhasil, saya ingin mencuba produk PKB, apa cadangan puan?


noor - 26/02/2011, 6:10 PM
Saya berkahwin selama 14tahun saya pernah berubat tradisinol dn moden tapi tak berjaya .saya jumpa doktor pakar selama 10tahun.dah 4 kali saya membuat rawatan IUI.5tahun lepas saya hamil luar rahim.saluran telur sebelah kiri saya kena buang.3tahun lepas saya pernah guna produk biodex selama 3bulan je tapi kerana masalah kewangan saya berhenti guna.sekarang saya nak guna semula produk ni dan saya nk tahu cara yang betul guna produk ni


ain - 23/02/2011, 11:49 AM
salam....
saya telah berkahwin hampir 3 tahun,tapi masih belum ada tanda2 hamil.saya telah membuat pemeriksaan dgn doktor dah kami berdua tidak ada apa2 masalah. period saya teratur cuma ada sedikit senggugut.apa perlu saya ambil untuk program PKB ni?berapa anggaran kos untuk masalah saya ni


nurul - 23/02/2011, 5:19 AM
Assalammualaikum WBT....
saya telah berkahwin pada june 2010, dan berusia 26 tahun. sehingga kini mash belum ada tanda2 untuk hamil. selepas berkahwin period dtg dengan tidak menentu tidak sama dengan keadaan sebelum berkahwin, lancar dan teratur.saya mempunyai berat badanyg agak berisi, 180kg dan ketinggian sebnyak 158cm. saya juga ada mengambil vitamin yang membantu untuk hamil seperti EPO dan asid folix.dalam pada mase yg same saye juge sdg berusaha untuk diet. jadi ape yang perlu saya lakukan untuk membantu saya hamil..


sue - 21/02/2011, 3:47 PM
Salam,

Saya mempunyai masalah untuk mengandung kerana anak saya yang suluh hampir berumur 7 tahun. Saya tidak merancang bahkan saya tidak makan apa juga pil perancang. Saya juga menghadapi masalah kedatangan haid yang terganggu kali terakhir saya datang haid pada 12/12/2010 dan sehingga sekarang masih belum ada haid yang seterusnya. Saya telah periksa air kencing saya tidak mengandung, apakah ubatan yang sesuai untuk saya kerana saya teringinkan seorang cahayamata. Saya juga telah berusaha berurut namun kesannya hampa. Umur saya 30 tahun adakah saya masih berpeluang mengandung dengan mengambil ubatan ini.


LISA - 19/02/2011, 11:19 AM
saya berada di johor bahru,saya berumur 32 thn, berat badan 52 kg,tinggi 160 cm,telah berkahwin selama 5 thn,suami berumur 36 thn,anak baru seorang berumur 4 thn lebih,menunggu dan mengharapkan anak yang kedua tetapi masih gagal lagi,kitaran haid memang tdk teratur,jarak haid tiap bulan adalah sebulan lebih dan tak tetap. darah yang keluar lancar dalam 3 hari kemudian berhenti dalam 1 hari dan bersambung lagi dalam sedikit2,dan kemudian akhir sekali warnanya sedikit kecoklatan. btul2 kering adalah hari ke 8-10,saya tiada masalah senggugut.
saya baru mengetahui biodex melalui kawan, saya tertarik dan cuba buka internet. mohon berikan sedikit panduan, dan adakah perlu saya mengambil biodex? di manakah stokis di johor baru yang terdekat sekali? saya menetap di permas jaya jb dan bekerja di bandar jb.

Blog Baru
  • Empat Faktor Untuk Kehamilan
  • Seseorang wanita mungkin mengalami masalah ketidaksuburan setelah lebih setahun mencuba untuk hamil atau sering mengalami keguguran apabila hamil. 4 faktor untuk kehamilan 1.  Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ovulasi) 2.  Telur tersebut mesti melal...