Back to Recent Posts


Empat Faktor Untuk Kehamilan

January 6, 2011
Print This Blog
Bookmark and Share


Seseorang wanita mungkin mengalami masalah ketidaksuburan setelah lebih setahun mencuba untuk hamil atau sering mengalami keguguran apabila hamil.

4 faktor untuk kehamilan

1.  Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ovulasi)

2.  Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus (rahim)

3.  Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.

4.  Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.

Kegagalan salah satu faktor di atas adalah dianggap penyebab ketidaksuburan dan masalah kehamilan.

Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh wanita-wanita yang mengalami masalah kehamilan termasuklah masalah ovulasi atau pengeluaran telur, saluran atau tiub fallopian yang tersumbat atau terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis, serta masalah fizikal rahim.

Walau bagaimanapun, bagi wanita-wanita yang tidak mempunyai mana-mana masalah di atas, peratusan untuk hamil dalam setiap bulan bagi lingkungan umur 25-35 tahun adalah antara 20-25% sahaja.

Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan. Tanda-tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Pengeluaran telur dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia akan mengukur tahap kesuburan wanita tersebut. Setiap wanita mempunyai 2 kilang ovari yang berfungsi untuk proses ovulasi atau pengeluaran telur. Secara teorinya, ovulasi atau proses pengeluaran telur berlaku dalam satu pusingan haid di mana satu telur akan dikeluarkan pada hari ke 14 setiap kali haid.

Proses pencantuman antara telur wanita dan benih lelaki (sperma) mungkin berhasil jika persetubuhan dilakukan ketika waktu subur. Telur yang matang hidup 24 jam sedangkan sperma boleh hidup antara 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, melakukan hubungan sebelum ovulasi adalah lebih baik untuk meningkatkan peratus kehamilan berbanding sehari atau dua hari sesudahnya



 
76 Komens

Ila - 28/02/2011, 4:53 PM
Salam..sy dh brkawin 2thn,tapi belum pernah hamil.doktor ckp suami ok cuma telur sy x matang..ape ubat yg sesuai ye??


ila - 27/02/2011, 8:53 PM
salam..sy bkahwin bln 12 2009..dan penah keguguran bln 3 2010..sehingga kini saya blm lg hamil..sy rasa sedih melihat sepupu yg br bkahwin kini hamil..adakah produk biodek dpt membantu sy?


idah - 27/02/2011, 5:25 PM
akum..sy & suami sda berkahwin hampir 3 thun tp msh blum mndapat chy mata..km prnah membuat pemeriksaan doktor & doktor mngesahkn bhawa km berdua sihat ttp sy menghadapi mslh hormon tdk seimbang & berat badan yang berlebihan..ia jg mrupakan punca mngapa saya mempnyai kitaran haid yang tidak menentu.(3 bulan sekali)..sya ingin mencuba produk biodex ttp tdk tahu produk yang sesuai untuk mngatasi mslh sy ini? trima ksh..


ann - 26/02/2011, 6:15 PM
slm.saya sdh 6 tahun brkahwin tapi msh blm mpunyai zuriat.hasil pmriksaan doktor sy dan suami krg sbur,period sy x tratur dan ada masalah pcos.bkn tak pernah cuba produk biodex tpi haid msih tak tratur.apakah produk yang sesuai untuk mengatasi masalah sy niep please


MEL - 26/02/2011, 9:32 AM
Assalamualaikum.....sya dh 1thn lebih b'kahwin & ingin menimang cahaya mata...masalah saya ialah haid yang tidak teratur & hingga sekarang telah 5 bulan saya tidak dtg haid...set prouduk biodex yg manakah sesuai untuk saya??


efa - 26/02/2011, 9:08 AM
slm. saya sudah setahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata, haid saya selalu lewat 2 atau 3 minggu. sy ingin mencuba set biodex, sy tinggal di SANDAKAN, Sabah. sy tidak dapat menghubungi stokis d sandakan. bagaimana saya boleh mendapatkan produk ini d sandakan?


ieda - 25/02/2011, 11:06 PM
slm sya sudah 10 tahun berkahwin dan msih blum mempunyai zuriat nie membuatkan sya sgt tertekan dan sdh tambah2 bila melihat kawan2 n anak buah hamil....sya telah pergi berjumpa doktor dan dapati sperma suami kurang aktif...masalah haid saya tidak menentu..4-5 bulan adalah p;erkara biasa.dulu saya pernah mengamalkan pemakanan biodex tetapi apabila haid saya still tak datang saya pun berhenti...adakah pduk biodex yang sesuai untuk masalah sya dan suami.....sya amat memerlukan bantuan ....tolong hubungi sya
.


ila - 25/02/2011, 7:59 PM
salam..sy bkahwin bln 12 2009..dan penah keguguran bln 3 2010..sehingga kini saya blm lg hamil..sy rasa sedih melihat sepupu yg br bkahwin kini hamil..adakah produk biodek dpt membantu sy?


ninie - 25/02/2011, 12:37 PM
salam..
sy dah kahwin hampir 1 tahun 2 bulan,sy dan suami sgt2 kan cahaya mata untuk penyeri rumah kami,sebelum ini sy pernah wt rawatan & doktor bgtau kilang telur sy aktiv & suami pun dah kurang merokok untuk menjaga kesihatan, skrg nie sy amalkan pemakanan seperti minum susu kambing,gajus,buahan,kcg2,sayuran hijau dan suppliment mknan folic asid selama 2 bulan tetapi belum ada rezeki lg & masalah ini buat sy tertekan yg amat sgt, klu boleh sy nak cuba set Bio dex lah, apakah produk yg sesuai untuk sy,sy ddk di seremban,boleh bgtau stokis di seremban, supaya sng sy beli...tq


BIODEX - 25/02/2011, 11:36 AM
nieza : Biiodex mempunyai produk untuk mengatasi masalah senggugut dan sperma yang kurang. Kami sarankan agar puan datang ke HQ untuk mendapatkan khidmat nasihat sekiranya tinggal berdekatan.

Blog Baru
  • Empat Faktor Untuk Kehamilan
  • Seseorang wanita mungkin mengalami masalah ketidaksuburan setelah lebih setahun mencuba untuk hamil atau sering mengalami keguguran apabila hamil. 4 faktor untuk kehamilan 1.  Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ovulasi) 2.  Telur tersebut mesti melal...