Pregnancy
Definisi Ketidaksuburan:
Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.
Untuk Hamil:
-Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
-Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
-Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
-Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.
* Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap
penyebab ketidaksuburan.
Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor - faktor yang dikenalpasti.
Penyebab Ketidaksuburan:
- Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan
disenyawakan.
- Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau
tidak datang haid.
Penyebab lain :
- Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
- Masalah fizikal dengan rahim.
Fibroid rahim.
* Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat
badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah
kesihatan yang disebabkan hormon.