Pengenalan

Biodex® merupakan jenama rasmi rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan oleh B.dex Beauty Centre Sdn Bhd. Produk utama yang dikeluarkan ialah produk berkaitan kehamilan yang sehingga kini mendapat sambutan yang sangat baik bukan sahaja di seluruh negara, malah di Brunei, Singapura dan Indonesia.

Biodex® mendapat sokongan yang baik dari rangkaian stokis dan pengedar di seluruh negara. Selain jualan dan edaran, pusat-pusat stokis dan pengedar juga menawarkan khidmat nasihat dan rundingcara kepada para pelanggan dan pengguna berkaitan dengan produk, kelebihan, kesesuaian dan tips-tips kehamilan, penjagaan kesihatan dan kecantikan. Selain itu, taklimat serta seminar turut dianjurkan oleh pihak B.dex Beauty Centre Sdn Bhd dari satu daerah ke satu daerah bagi memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan lebih informasi dan panduan.

Info Syarikat

B.dex Beauty Centre Sdn Bhd diasaskan oleh Dr Hajjah Siti Murni Haji Yusof dalam tahun 2002 dan merupakan syarikat milik penuh Bumiputra dengan persijilan dan pengiktirafan yang sah dari pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dalam bidang industri yang diceburi.

B.dex Beauty Centre Sdn Bhd didokong oleh kumpulan pengurusan dan kakitangan yang komited, bertanggungjawab, berdaya saing dan sentiasa bersedia untuk menjayakan misi dan visi syarikat. Kepelbagaian latarbelakang, kemahiran dan pengalaman menjadikan mereka sebuah kumpulan yang dinamik dalam membawa syarikat berada ke tahapnya pada hari ini.

B.dex Beauty Centre Sdn Bhd beribupejabat di Kuala Lumpur dan memiliki cawangan di Kuantan dan Kuala Terengganu. Ia juga memiliki pejabat urusan di Jakarta, Indonesia sebagai usaha strategik untuk memperluaskan pasarannya di negara tersebut. Sehingga kini, B.dex Beauty Centre Sdn Bhd telah berjaya menempatkan rangkaian produk Biodex® di seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah, dan di negara jiran Brunei dan Singapura.

Info Pengarah

Nadi utama B.dex Beauty Centre adalah gandingan dinamik pasangan pengarah yang membentuk persefahaman jitu dalam memimpin perkembangan syarikat.

CEO.jpg Dr Hajjah Siti Murni Haji Yusof
Pengasas / Pengarah Urusan & Pelaburan

Dr Hajjah Siti Murni Haji Yusof merupakan ahli perniagaan yang tidak asing dalam industri peruncitan dan pemasaran produk kesihatan dan kecantikan. Dengan pengalaman dan penglibatan aktif selama lebih 20 tahun, beliau adalah perancang utama syarikat yang bertanggungjawab mengenalpasti keperluan pasaran.

Selama tempoh penglibatan beliau dalam perniagaan, beliau telah membantu menaikkan ramai usahawan kecil dan menggilap perunding-perunding muda khususnya dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan dalam industri yang diceburinya.

Berperwatakan sederhana, tegas, dan sentiasa bersemangat dalam hal-hal yang diberi fokus, ibu kepada 4 orang anak ini telah ditauliahkan Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Perniagaan oleh Wisconsin International University yang kini dikenali sebagai Worldwide International University dalam tahun 2009. Dalam mengembangkan perniagaannya ke peringkat Asia Tenggara serta meneroka bidang-bidang baru, beliau berimpian untuk membantu melahir dan menaikkan lebih ramai usahawan wanita yang kental dan berdaya maju.
COO.jpg Haji Rahmad Muda
Pengarah Operasi & Pembangunan

Haji Rahmad Muda merupakan pelengkap kepada kekuatan perancangan dan strategi syarikat. Beliau merupakan kunci kepada kelicinan dan keberkesanan operasi syarikat. Dengan pengalaman lebih 12 tahun dalam pengurusan dan pemasaran bidang peruncitan dan pengedaran, beliau memiliki idea yang dinamik serta daya pemikiran yang kritis dalam membantu merencanakan perjalanan syarikat.

Pemegang Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat ini memiliki kekuatan dalam membina rangkaian sokongan kepada operasi syarikat. Beliau juga bertanggungjawab dalam membantu pengurusan kewangan yang berkesan serta memastikan keberkesanan pelaburan.

Seorang yang komited, tegas, bertanggungjawab dan responsif, beliau merupakan penggerak kepada perlaksanaan perancangan syarikat, kajian dan pembangunan, dan pencapaian produktiviti. Misi utama beliau adalah untuk menyediakan sebuah pasukan yang kental dan berdaya saing dalam menjayakan setiap perancangan dan penerokaan perniagaan.